Thursday, 26 May 2011

tak tahu antara dua???

Dan akulah satu-satunya
Harapan untuk menyara
Mereka di hari tua
Begitulah hendaknya

Diriku pun juga begitu
Ke sini tuk mencari ilmu
Tak sangka pula kau yang ku jumpa
Berbelah bagi ku bertanya
Mana satu yang harus dikejarkan

Kita tak tahu antara dua
Hala yang berbeza
Kiri kau menjanjikan cinta
Kanan menjanjikan kerjaya
Oh yang mana…

Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita
Tahu antara dua

Takkan lari gunung dikejar
Semoga diizinkan cinta
Selesaikan yang dah bermula
Sementara usia masih muda
Tapi tidak ku nafi hati ku sangsi

Sejak tergerak hati
Terbuka terima cinta
Lebih banyak soalan
Berbandingkan jawapan

sorry??

huhu,dah lma xupdate sekarang bru dpat update kekok lak nak type dah lme tak main type la ktakan...insya-allah lpas ni aq akan slalu update pape jew tntang hari2 yang aq jlani..

Sunday, 20 March 2011

10 petanda dia jodoh kita...

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, 18 March 2011

ya allah..

ya allah mengapa kau menduga aku seberat ini,ya allah?
mengapa harus aku yang menerima dugaan yang sangat berat ini?
ya allah mengapa kau berikan dia penyakit yang berat untuk nya aku rela mengganti tempatnya
kalau itulah yang terbaik..aku rela ya allah,,kau berikanlah dia kebahagiaan janganlah kau menyakiti nya lagi walaupun sudah bekali-kali dia menyakiti ku ,aku redha dengan semua ini..
kata hati kecil ku ini
hai!!tulah org tua2 suroh blajar nk brcinta ble dah jadi macam ni bru tau,patot lah kakak aq tak kasi bercinta lagi kenal dulu bru brcinta tpi lpas abes blajar lah,adoi..tpi nak buat macam mne bnde dah brlaku kan?so ini lah di namaka pengalaman hidup aku yang tak prnah lri dripada kesakitan!!ape-ape pown hdop msti di troskan walaupon terseksa sikit!!huh,,,
yang penting pelajaran so chayok!chayok!!

Thursday, 17 March 2011

aku janji....

Akim-janji

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

aku terpaksa...

aq terpaksa buat dia bencikan aq.aq sja crik gado ngan dia.aq kte dkt sume org yg dye mmg bnyak awek.aq sja ckp cam uh ssb aq tau dia msti mrah aq nnt.akhernya dia marah aq.aq da brjaya buat dia bnci dkt aq.sbbb aq nak dia lpekan aq.aq nak dia bahagia dngan org lain sbb aq tak lyak buat dia trsnyum krana aq hnya akn buat dia sdeh jer :'( . lgi pon dia dah mnyayangi org lain.aq xnk kcau prasaan dye.mngkin khadiran aq hnya mmbuat  hdop nya ssah jer!!but aq ade gak try tok lpekan sume knangan aq ngan dia..but aq tak mmpu.aq slalu teringat an dia.aq slalu ingat an waktu-waktu aq ngan dia.waktu dia tman aq g jmpa geng-geng lpak aq.dia dah buat aq rse diri aq di sayangi dan di hargai.dia lah org yg dpt buat aq brubah.dialah org prtama yg mngajar aq,apa itu cinta...dia jugalah org prtama yg aq sayang sangat-sangat.dialah cinta prtama aq!!xmngkin!xmngkin dng mdah aq lupakan dia,mngkin dia bleh lpekan aq dngn mudah,,,but aq x bleh..aq xbleh lpekan dia.sbb aq sayang dia sngat-sangat.DEMI ALLAH,AQ LEBEH SAYNAGKAN DIA DARIPADA AQ MENYAYANGI DIRIKU SENDIRI



"YA ALLAH KAU LINDUNGILAH DIA,
KAU HINDARILAH DIA DARIPADA
BALA BENCANA MU,YA ALLAH
KAU HILANGKAN LAH SEGALA
PENYAKITNYA,YA ALLAH"
"YA ALLAH KAU BERIKAN LAH DIA
KEGEMBIRAAN,KESENANGAN DAN
KEHIDUPAN YANG SEMPURNA
UNTUK DIRI NYA YA ALLAH"
"YA ALLAH,JANGANLAH KAU
MENYAKITI DIRI NYA HANYA
PADAMU KU BEERMOHON"

Wednesday, 16 February 2011

cinta

biakan chenta itu tumbuh ddlam haty,dan jangan biarkan chenta itu layu+maty . kerana chenta itu adalah symbol khedupan yang abadi <3

hello!

im new at here!so kalau saper2 pandai wat blog ni agi lawa tlong lah ajar erk!salam perkenalan...